PENDIDIKAN: FAHAMI MAKNA, KEMBALIKAN NILAI

PENDIDIKAN: FAHAMI MAKNA, KEMBALIKAN NILAI

oleh Fazril Saleh

Pendidikan di Malaysia tidak pernah lari daripada krisis. Pelbagai masalah menimpa; keberkesanan sistem pembelajaran dipersoalkan, sistem peperiksaan dikatakan menjadi punca tekanan, masalah keboleh-pasaran graduan universiti, rasuah pensyarah, isu PPSMI, isu PTPTN, isu kebebasan akademik, AUKU yang dikatakan mengongkong mahasiswa, isu plagiarisme dan banyak lagi. Ironinya, tidak sedikit tindakan daripada pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut, namun tetap tidak dapat diselesaikan, malahan saban hari semakin banyak masalah menimpa.

Yang pasti, tindakan penyelesaian masalah harus difikirkan secara mendalam. Yang seharusnya diselesaikan itu akar permasalahan, bukan gejala daripada masalah. Mungkin yang patut diselesaikan itu cuma 20% daripada punca masalah keseluruhan. Dengan 20% akar permasalahan yang selesai ini bakal menyelesaikan 80% kesan masalah yang lain seperti yang digariskan dalam Prinsip Pareto.

Justeru, bagi penulis, perkara utama yang harus diselesaikan dalam konteks pendidikan negara ialah ‘kembali memahami makna pendidikan yang sebenar’ dan ‘kembalikan semula nilai pendidikan’.

Krisis Pendidikan Negara


Fareed Zakaria dalam makalahnya bertajuk “The Education of a President: Harvard’s new leader is right to try to raise standards–but he needs to do it for everyone”, menyinggung akan permasalahan ini dengan meyatakan salah satu daripada tragedi pendidikan moden di Amerika ialah penukaran presiden universiti (college president) daripada intellectual kepada para birokrat. Persoalannya, apakah birokrat yang diangkat menjadi presiden universiti ini memahami falsafah pendidikan dan roh universiti?

Mengulas kenyataan Fareed Zakaria ini, Siddiq Fadzil tanpa berlapik lagi melampiaskan fenomena “one of the minor tragedies” yang berlaku dalam sistem pendidikan tinggi Amerika ini ke atas Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia lewat pertanyaan, “tidakkah kita juga menyaksikan gejala semakin memudarnya wibawa kesarjanaan pimpinan IPT? Warga IPT rata-rata tidak lagi berasa bernaung di bawah naungan teduh seorang sarjana besar, sebaliknya lebih berasa berada di bawah arahan CEO sebuah syarikat. Apakah ini bukan sejenis minor tragedy juga?”

Montimer J. Adler, dalam pengalamannya sebagai seorang ahli akademik terkemuka turut melahirkan keluhan beliau terhadap ‘pendidikan’ dan ‘persekolahan’ lewat tulisan beliau berjudul Schooling Is Not Education dan menyatakan sepanjang 40 tahun pengalamannya sebagai pendidik dan ahli akademik, beliau membuat kesimpulan bahawa tiada seorang pun yang telah dan boleh dididik di sekolah atau kolej.

Zaini Ujang (2009) dalam mengungkapkan perkembangan disiplin ilmu di universiti mengakui akan tuntutan dan pengaruh kuat pasaran semasa. Ini mengakibatkan disiplin ilmu asas seperti falsafah, teologi, sejarah, matematik, kimia, ilmu wahyu, sains kemanusiaan dan kajian bahasa tidak begitu mendapat sambutan dalam kalangan calon mahasiswa berbanding jurusan-jurusan seperti sains gunaan, multimedia dan teknologi. Sebab utama – tuntutan pasaran kerja.

Beliau menambah: “sesuai dengan kefahaman serta kefahaman itulah maka falsafah, nilai, gagasan serta peranan university juga berubah mengikut keperluan pasaran kerja, khususnya daripada perspektif ilmu moden…. Kenyataannya, ketika ini ilmu falsafah yang satu ketika dahulu menjadi ‘ilmu wajib’ sudah hilang peranan dan kepentingannya dari perspektif calon mahasiswa. Disiplin ilmu yang lebih diberi keutamaan ketika ini ialah ilmu sains dan sastera gunaan serta teknologi.”.

Walaupun tampak perkembangan dan pertumbuhan IPT di Malaysia semakin pesat, namun kepesatan pertumbuhan IPT ini sebenarnya tidak layak menjadi indikator keberdayaan universiti melahirkan graduan yang tercerah dan cerdas, yang diharapkan menjadi the enlightened group, sebaliknya kelumpuhan berlaku meranapkan idea universiti sebagai simbol wibawa keintelektualan dan pencerahan pemikiran.

Sehubungan itu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘pendidikan’?

Makna Pendidikan dan Persoalannya

Secara umum, pendidikan bermaksud ‘suatu proses menerapkan/menyuntik sesuatu terhadap manusia’ (a process of instilling something into human being). Berdasarkan definisi ini, ‘suatu proses menerapkan/menyuntik’ (a process of instilling) merujuk kepada kaedah atau metodologi dan sistem penyaluran pendidikan (mekanisme). Manakala, ‘sesuatu’ (something) pula merujuk kepada kandungan dan bahan yang ingin dimasukkan dan manusia (human being) merupakan penerima proses dan kandungan. Maka, pendidikan mengandungi tiga unsur fundamental sepertimana yang dihuraikan tadi iaitu: (1) proses, (2) kandungan, (3) penerima. (rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999)).

Persoalannya, bagaimana pendidikan sebagai proses penyaluran ilmu kepada manusia berlaku? Apa kandungan ataupun ilmu yang diajarkan? Apa tujuan pendidikan? Apa hasil yang bakal dikecapi oleh penerima kandungan melalui proses pendidikan itu? Melihat suasana institusi pendidikan dewasa ini, juga graduannya menimbulkan lebih banyak persoalan. Apakah pendidikan hanya sebagai alat untuk mendapatkan profesyen yang baik? Apakah matlamat institusi pendidikan yang sebenarnya, mendidik atau mengaut keuntungan? Realiti pendidikan hari ini mungkin telah tersasar dengan keperluan insan dan tujuan asal pendidikan. Pendidikan hari ini merupakan pendidikan yang telah di’komoditi’kan, di’komersialisasi’kan dan di’politisasi’kan.

Siddiq Fadzil (2009) dalam kritikannya terhadap pendidikan tinggi masa kini menyatakan:

Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut.

Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti.

Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan masyarakat.

Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin Dilarang Sekolah.”

Siddiq Fadzil, 2009

Bagaimana pula dengan nasib pendidikan di negara ini? Andainya demokratisasi dan privatisasi pendidikan mahu direalisasikan oleh kerajaan, seharus kerajaan memastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang terjangkau. Kegagalan melaksanakan dasar ini akan mewujudkan keadaan survival of the richest, di mana pendidikan berkualiti menjadi monopoli segelintir kaum elit.

Makna dan nilai pendidikan seharusnya menjadi suatu yang jelas bagi pemerintah, para ahli akademik dan pentadbir institusi pendidikan.

Kegagalan memahami nilai pendidikan akan menjerumuskan masyarakat terpelajar ke dalam kancah kekeliruan yang akhirnya membuahkan tindakan-tindakan tanpa moral; para birokrat yang korup, penyelewengan dan salah gunakuasa, jenayah kolar putih dan sebagainya. Makna pendidikan perlu difahami dan nilai pendidikan wajar dikembalikan!

Rujukan:

1. Siddiq Fadzil, Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan, (Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Dar al-Hikmah, 2009)

2. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin, (KL: ISTAC, 2001)

3. Fareed Zakaria, The Education of a President: Harvard’s new leader is right to try to raise standards–but he needs to do it for everyone. (Lawrence Summers) (Brief Article),http://www.encyclopedia.com/doc/1G1-81469874.html

4. Montimer J. Adler, “Schooling Is Not Education”, http://www.cooperativeindividualism.org/adler-mortimer_schooling-is-not-education.html

5. Zaini Ujang, Universiti, Kreativiti, Inovasi, (Johor: Penerbit UTM, 2009)

6. Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999)

*Fazril Saleh merupakan Setiausaha Agung ABIM

6 thoughts on “PENDIDIKAN: FAHAMI MAKNA, KEMBALIKAN NILAI

  1. Hey there,

    Was looking at your site today and I thought this would probably interest you.

    Are you tired of traditional virtual assistants who lack the expertise to handle complex tasks? Feeling overwhelmed by the thought of diving into generative AI? We’ve got the game-changing solution you’ve been waiting for: Myaa’s AI-Powered Live Agents.

    Imagine the best of both worlds: a personal live administrative assistant who is also an expert at leveraging the power of thousands of AI Agents. That’s exactly what you get with Myaa. Our AI-Powered Live Agents are trained to perfection in writing excellent prompts and harnessing the capabilities of our AI Agents.

    Our Live Agents Combined With Our AI Agents Can:

    • Handle a variety of tasks and projects for you so that your day is more productive.
    • Work as a unified team (Live Agent and AI Agents) to accomplish hundreds of tasks in record time.
    • Follow up on internal/external resources to ensure that there is daily progress.
    • Give you back time to focus on building your business instead of admin tasks.

    … and much, MUCH more!

    But here’s the best part: we’re offering a one-week free trial for you to experience the transformative capabilities of our agents firsthand. No obligations, no strings attached. Just a chance to see how our AI-Powered Live Agents, the experts in leveraging AI technology, can revolutionize the way you manage your business.

    Don’t miss out on this exclusive opportunity. Click below to schedule a call and claim your one-week free trial:

    Click here: –> https://bit.ly/myaa-live-agent

    During the call, our experts will guide you through the process and pair you with the perfect Myaa AI-Powered Live Agent for your business. Say goodbye to inefficiency and hello to expert assistance.

    Get started now and unlock the full potential of generative AI with Myaa’s AI-Powered Live Agents.

    Cheers,

    Andre Clarke
    Business Development
    Myaa

  2. I now offer contact form blasting service. With my DFY service you can either do a targeted blast to only websites that match your criteria or bulk blast large volumes of sites worldwide. Prices start at just $50 to reach 500,000 bulk sites. Contact me at my email or skype below for details.

    P. Stewart
    Skype: live:.cid.e169e59bb6e6d159
    Email: ps31405@gomail2.xyz

  3. AI is here to change the world, and people are going crazy over it

    So the question is, would you like a piece of that pie?

    BrainBox – The World’s First AI App Let You Launch Your Own “ChatGPT-like” AI Chatbot with 50 stunning AI features

    You can even customize this AI Chatbot with your own domain, branding and style and charge people for using it.

    Forget paying huge fees for Content Writers, Programmers, Designers, Translators, Video Editors, SEO Experts, Customer Support, etc

    BrainBox handles all of that for you 100%

    >> Click Here To See The Live Demo & Get Full Access Before Price Increases

    Use my coupon code: bit.ly/BrainBoxDiscount

    To get access to BrainBox you need just 4 easy steps away

    Step1: Login to BrainBox Cloud-Based App ( super-easy to navigate dashboard)

    Step 2: Create- With Just One Click, Create Your Very Own ChatGPT-Like AI Chatbot( this takes just few minutes)

    Step 3: Now Launch- You’re Ready To Charge Millions Of Hungry Customers For Using Your Very Own AI Chatbot.

    Step 4: Start Getting Paid by your Customers and Clients

    BrainBox comes with over 50 AI features that which includes ;

    Write engaging, high quality content for videos, blogs, scripts, emails, newsletters, ebooks literally anything

    Turn plain text into engaging, professional videos that attract thousands of free hits of traffic

    Generate the best AI designs that put 99% of graphic designers to shame, in just seconds

    Design salespages, sales funnels, fully functional blogs

    Proofread your writing without paying anything

    Translate your writing to over 50 different languages and profit

    That’s just a tiny fraction of all the features that BrainBox has to offer…

    Using BrainBox will give you full control and cut down your expenses on hiring freelancers that give you low service .

    >> Get Unlimited Access to BrainBox AI Technology

    bit.ly/BrainBoxDiscount

    And to make this a no-brainer, the first 25 people will get full access to my 100 bonuses.

    PS: If you act now, you will instantly receive [bonuses] worth over $14,659.44… This bonus is designed specifically to help you get 10x the results, in half the time required

    >>Click here to secure your access to BrainBox today

    bit.ly/BrainBoxDiscount

    Sincerely,

    James

  4. I now offer contact form blasting service. With my DFY service you can either do a targeted blast to only websites that match your criteria or bulk blast large volumes of sites worldwide. Prices start at just $50 to reach 500,000 bulk sites. Contact me at my email or skype below for details.

    P. Stewart
    Skype: live:.cid.e169e59bb6e6d159
    Email: ps1714@gomail2.xyz

  5. With keyword targeted PPV ads I can get you qualified website visitors for less than a penny per click. This method works for both local and online businesses. Very easy to get started. Just sign up, give me your website and I’ll provide the traffic.

    For details, shoot me an email or Skype me at my contact info below.

    P. Stewart
    Skype: live:.cid.ad0ee8f191cd36b4
    Email: ps98926@gomail2.xyz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *