KEHILANGAN

KEHILANGAN

Oleh: Hasri Harun

Kehilangan suatu yang pilu

Tapi aku harus redha

Bahawa perjalanan ini ditentukan

Dia pergi kerana telah tetap janji

Tangisan tak dapat mengganti

Aku mengenalimu suatu berharga

Tidak pernah kulihat kau murka

Yang ada cuma senyuman terukir

Bicara tersusun dengan bait indah

Walau kau hadapinya dengan tega

Ketenangan itu yang kau hamparkan

Sungguh aku terpegun

Sesuai dengan namamu halim

Kelembutan yang bukan buatan

Ikhlas daripada pancaran wajah dan kata

Itulah insan istimewa yang ku kenali

Kini kau telah tiada bersama

Yang tinggal semangatmu

Yang tinggal perjuanganmu

Masih terngiang ditelingaku

Satu ketika kau ucapkan

Pesan sang murabbi

” Hasri hidup kita ni ujian, walau dimana jangan tinggal kerja dakwah”

Selamat jalan wahai cikgu

Ku ingat segala pesanmu

Ku semat di dada ini juangmu

Selamat berehat disana

“Puisi apresiasi buat Almarhum Tuan Haji Ab Halim Ismail, Timbalan Presiden Wadah (Cikgu Halim)”

Bandar Baru Bangi

26 Ogos 2021

Penulis adalah naib presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

One thought on “KEHILANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *