(APRESIASI KEPADA ALLAHYARHAM PROF DATO’ DR SIDDIQ FADZIL)
Oleh: Hasri Harun.
31 Ogos bakal dikenang umat
Tarikh besar ingatan menjulang
Seorang putera milik Malaysia
Meninggalkan kita buat selamanya
Pemergian yang memedihkan
Kurasa segalanya ketentuan
Jasa dan bakti telah kau laksana
Kini kau berehatlah wahai murabbi
Dengan amalmu di sana
Masih terngiang bicara berbisa
Ketegasan, kehebatan, kepantasan
Ucapmu, fikrah dan mindamu
Tajam dan cukup berbisa
Diulam dengan dalil dan pemikiran
Namun kau indahkan dengan bahasa
Lenggok katamu menyentuh
Yang ditegur tak marah
Yang dikritik berfikir semula
Itulah Siddiq Fadhil putra negara
Pemikir, ilmuwan dan sarjana
Kini rindu dengan kuliahmu
Gurauan dan cerita yang menusuk
Kau tabur dengan kiasan dan puisi
Mengajak kami mengguna minda
Bukan emosi dan akal gila
Kau pimpin kami kepada Tuhan
Menerobos kebobrokan
Membeza intan dan kaca
Memimpin kami erti kebenaran
Tidak takut dengan orang gila
Angkat jiwa merdeka
Kau tamat hayatmu
Pada tanggal yang bermakna
31 Ogos atas nama Merdeka
Ingatan yang tidak bisa dilupa
Tulisanmu atas nama merdeka
Akan kami ingati selama
Kami Jadikan bekal
Merdeka minda dan jiwa
Perkukuh Gerakan ini
Untuk terus berjasa
Bandar Baru Bangi, 1 September 2021
Penulis adalah Naib Presiden Wadah.