TELADANI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD (S.A.W) MENCORAK PEMBANGUNAN MAMPAN.

TELADANI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD (S.A.W) MENCORAK PEMBANGUNAN MAMPAN.

Oleh: Faisal Aziz.

Kegawatan Iklim

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (United Nation Climate Change Conference), atau COP26, yang telah berakhir pada 13 November yang lalu telah menyaksikan para pemimpin yang mewakili negara pesertanya telah menandatangani Pakatan Iklim Glasgow yang secara asasnya merupakan sebuah resolusi mengawal perubahan cuaca dunia.

Persidangan ini menarik untuk disorot kerana krisis kegawatan iklim sejagat semakin mendapat perhatian daripada pemimpin antarabangsa. Natijah sesudah daripada persidangan ini pasti akan dicermati kerana persoalan untuk menangani perubahan iklim sering dibayangi dengan desakan ekonomi serta politik sesebuah negara.

Kegawatan iklim semenjak beberapa kebelakangan ini semakin diperkatakan kerana sudah wujud kesedaran meluas bahawa fenomena ini merupakan kesan daripada aktiviti yang digerakkan sendiri oleh manusia.

Justeru untuk menangani darurat iklim yang sedang berlaku pada ketika ini, masyarakat sedar bahawa mereka sahaja yang dapat membuat perubahan untuk kelestarian peradaban manusia pada masa akan datang.

Maka tidak lain tidak bukan, kita harus merujuk kepada suri teladan agung yang telah dihadirkan Allah Subhanahu wa-ta’ala untuk membimbing manusia iaitu Nabi Muhammad allAllāhu ‘alayhi wa sallam.

Rasa Cinta Terhadap Nabi Tidak Pernah Luput

Nabi Muhammad allAllāhu ‘alayhi wa sallam adalah rahmat Allah Subhanahu wa-ta’ala yang terbesar kepada alam. Rahmat ini merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita selaku makhluk-Nya.

Antaranya ialah enambah baik kualiti hidup, membangunkan semula watak manusia, mendokong kesaksamaan maruah manusia adalah antara falsafah utama di sebalik ayat Al-Quran yang dinukilkan dalam Surah Al-Anbiya ayat ke-107 yang bermaksud:

“Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk memberi rahmat buat seluruh alam.”

Kegigihan, pengorbanan serta disiplin yang dipamerkan oleh Rasulullah allAllāhu ‘alayhi wa sallam wajar dimaknai untuk membentuk sebuah negara maju dengan masyarakat yang bertamadun.

Justeru, tidak boleh tidak, kita mesti menzahirkan rasa cinta kita kepada kekasih Allah Subhanahu wa-ta’ala bukan sahaja pada bulan kelahiran Baginda allAllāhu ‘alayhi wa sallam. Bahkan rasa cinta dan kasih terhadap Nabi (S.A.W) perlu diekspresikan pada setiap saat dan detik waktu.

Selaku umat yang komited, kita juga perlu mengikuti sunnah Baginda allAllāhu ‘alayhi wa sallam dalam segenap aspek kehidupan kita.

Rasa zahir cinta termasuklah menerusi usaha kita meneladani Nabi allAllāhu ‘alayhi wa sallam sebagai suri tauladan sepanjang zaman.

Jika diteliti mekanisme yang telah dibawa oleh Nabi untuk membawa transformasi masyarakat jahiliyah kepada satu tamadun yang dipimpin golongan yang digelar Allah Subhanahu wa-ta’ala sebagai Khayra Ummah.

Khayra Ummah Membangun Peradaban Mampan

Dalam konteks kefahaman pada kini, transformasi ini adalah asas untuk memenuhi matlamat antarabangsa Matlamat Pembangunan Mampan 2030 ataupun Sustainable Development Goals 2030 yang digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam hadis riwayat Tirmizi, ucapan awal Nabi Muhammad allAllāhu ‘alayhi wa sallam (kata-kata pertama Baginda) ketika tiba di Madinah adalah (bermaksud):

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturahim, solatlah di waktu malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.”

Kata-kata baginda itu dengan jelas menjelaskan empat misi utama yang akan dilaksanakan (dalam pentadbiran) di Madinah iaitu:

  1. Keselamatan rakyat.
  2. Kebajikan ekonomi untuk membasmi kemiskinan.
  3. Mengeratkan perpaduan rakyat.
  4. Pembangunan spiritual masyarakat.

Prinsip-prinsip ini telah meliputi rangka utama SDG iaitu sifar kemiskinan, sifar kelaparan, hak yang adil saksama sebagai tunjang perpaduan, keamanan dalam kehidupan, serta pembangunan spiritual untuk membentuk watak yang berintegriti dan seterusnya membawa kepada institusi yang bertanggungjawab.

Selain itu, penekanan juga diberikan terhadap pendidikan untuk mengeluarkan masyarakat daripada kegelapan jahiliyah. Proses pendidikan ini untuk yang melahirkan keseimbangan dalam kesaksamaan hak untuk setiap segmen dalam masyarakat, mendidik warga yang menghormati seluruh makhluk termasuk alam sekitar dan seterusnya membina kualiti hidup masyarakat. Kesemua perkara yang dinyatakan ini terangkum dalam indikator untuk masyarakat antarabangsa mencapai matlamat pembangunan yang bersifat mampan.

ABIM Membina Peradaban Yang Mampan

Justeru, berdasarkan daripada keberhasilan Nabi Muhammad allAllāhu ‘alayhi wa sallam membina sebuah masyarakat madani yang ideal berdasarkan paksi-paksi pembangunan mampan tersebut, adalah menjadi tanggung jawab ABIM sebagai gerakan Islam untuk komited seiring dengan aspirasi masyarakat sejagat untuk menggerakkan dan merealisasikan matlamat mampan SDG dalam menuju satu misi besar ABIM iaitu Membina dan Memimpin satu Tamadun Khayra Ummah.

Untuk itu semoga kecintaan kita kepada Baginda allAllāhu ‘alayhi wa sallam tidak luntur. Malah bertambah mekar dengan kesedaran untuk menyambung perjuangan yang diasaskan Baginda.

Selawat dan salam atas junjungan besar Rasul allAllāhu ‘alayhi wa sallam. Sollu ‘alan Nabi!

Penulis ialah Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *