KUASA KERAMAT SUARA KEMANUSIAAN

KUASA KERAMAT SUARA KEMANUSIAAN

Oleh: Faisal Aziz.

Israel Mengamalkan Dasar Apartheid

Kita menyambut baik penegasan badan hak asasi dunia Amnesty International menerusi laporan “Israel’s Apartheid Againts Palestinians” bahawa Israel ialah sebuah negara apartheid berasaskan dasar tidak perikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim tersebut terhadap rakyat Palestin.

ABIM berpendirian penegasan sebegini seharusnya ditegaskan sejak sekian lama memandangkan tindakan kejam Israel tanpa ehsan manusiawi terhadap warga Palestin telah berlarutan semenjak puluhan tahun dulu.

Ini meliputi pembunuhan secara besar-besaran ke atas warga yang tidak berdosa, pengusiran dari tanah air mereka, penangkapan, penyeksaan secara rambang, dan pelbagai pelanggaran terhadap hak asasi.

Justeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus bersidang segera meluluskan resolusi penting untuk mendakwa Israel atas kesalahan jenayah apartheid. Ini memandangkan tindak tanduk Israel ini secara jelas bercanggah dengan norma dan undang-undang antarabangsa.

Selain itu Israel sendiri telah mengakui tanggungjawabnya untuk menghormati prinsip Customary International Law di mana penolakan ke atas dasar apartheid sendiri adalah antara yang termaktub dalam undang-undang tersebut serta prinsip Jus Cogens.

Maka, secara jelas ia mengikat rejim Israel di peringkat antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawabnya untuk tidak melakukan sebarang dasar apartheid.

Laporan yang dikeluarkan seharusnya membangkitkan kesedaran masyarakat dunia untuk meningkatkan lagi tekanan ke atas rejim Israel untuk membela kelangsungan masa depan rakyat Palestin.

Ini termasuk sekatan ekonomi secara bersasar (targeted sanctions) yang harus dilakukan ke atas rejim Zionis serta mana-mana individu dan syarikat yang terlibat dalam melaksanakan dasar apartheid ini.

Ini antara peranan yang boleh dimainkan masyarakat dunia untuk menghentikan dasar apartheid Israel terhadap umat Palestin.

Perkara ini pernah dilakukan ketika masyarakat antarabangsa memboikot rejim apartheid Afrika Selatan sehingga negara tersebut akur mengadakan pilihan raya bebas yang menyaksikan Nelson Mandela dipilih sebagai presiden.

Boikot yang berlaku ke atas Afrika Selatan juga dicatatkan menerusi Resolusi 418 dan 591 Majlis Keselamatan PBB yang menghalang eksport senjata ke negara tersebut. Menarik untuk diimbas bahawa gerakan boikot antaranya telah dirintis oleh Anti-Apartheid Movement (AAM) yang berjaya menyedarkan masyarakat dunia untuk mengesampingkan Afrika Selatan daripada pentas antarabangsa termasuk dalam bidang sukan.

India Berdepan Tragedi Penghapusan Etnik

Kita juga memandang berat dapatan yang dikemukakan oleh Profesor Gregory Stanton, pengasas badan pemantau antarabangsa – Genocide Watch, berdasarkan kepada perkembangan terbaru yang berlaku di India, yang mengatakan bahawa India kini berada pada tahap kelapan daripada sepuluh peringkat genocide (penghapusan etnik).

Dapatan Profesor Gregory Stanton perlu diberi perhatian kerana kajian beliau pernah memberi amaran bahawa akan berlaku penghapusan etnik membabitkan etnik Tutsi di Rwanda sebelum peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1994.

Justeru, Majlis Keselamatan PBB dan badan dunia lain harus bertindak segera terutama pada ketika komuniti Muslim di India kini sedang berhadapan kezaliman peringkat struktural menerusi dasar-dasar diskriminasi kerajaan serta tindakan radikal di akar umbi akibat daripada tindakan penganut ekstrem Hindu yang meniup api kebencian terhadap Islam hingga mengakibatkan pembunuhan dan kekejaman-kekejaman lain terhadap masyarakat Muslim.

Tragedi yang berlaku di India kini sekiranya tidak diambil serius oleh masyarakat antarabangsa, akan mencetuskan satu lagi malapetaka kemanusiaan. Ini termasuklah akan membuka pintu kebanjiran pelarian ke negara-negara serantau.

Atas dasar itu, ABIM menggesa masyarakat dunia, kerajaan Malaysia dan badan antarabangsa untuk sama-sama bertindak mengecam tindakan semberono kerajaan India di bawah kepimpinan Narendra Modhi ini, yang berterusan menyebarkan kebencian terhadap agama dan kaum lain, jelas bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat bertamadun dengan budaya hidup secara damai.

Penulis ialah Presiden ABIM.

2 thoughts on “KUASA KERAMAT SUARA KEMANUSIAAN

  1. In the dynamic world of digital marketing, where the competition for online visibility is fierce, understanding and implementing effective Search Engine Optimization (SEO) strategies is crucial for businesses aiming to succeed online. SEO serves as the cornerstone of online marketing, enabling websites to enhance their visibility, attract organic traffic, and ultimately achieve their business objectives. In this article, we delve into the realm of search engine optimization, exploring its significance, key principles, and actionable strategies for maximizing online visibility. https://bit.ly/3JKYpu5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *