MURNINYA KANAK-KANAK IBARAT SEBIDANG KAIN PUTIH

MURNINYA KANAK-KANAK IBARAT SEBIDANG KAIN PUTIH

Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin
LATAR BUKU INI

Karya ini merupakan satu bahagian daripada bukunya, dengan judul asal Barā’atu al-Ṭufūlah (Kemurnian Kanak-Kanak), dalam buku Al-Rasūl ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam wa Qaḍāyā al-judul asal Barā’atu al-Ṭufūlah (Kemurnian Kanak-Kanak), dalam buku Al-Rasūl ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam wa Qaḍāyā al-Mujtama ‘(Rasūl ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam dan Isu-isu Kemasyarakatan).

Di dalam karyanya ini, beliau membahaskan isu fitrah kanak-kanak yang suci murni, yang sedia untuk menerima agama yang sahih, dan nilai serta akhlak mulia. Hanyasanya tanggungjawab menjaga kesucian itu menjadi tugas masyarakat sekelilingnya, yang bermula dengan ibu bapa sebagai pemimpin bagi ‘masyarakat kecil’ dan penjaga kepada anak-anaknya.

RASŪLULLĀH MENYAYANGI KANAK-KANAK

Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam sebagai utusan Allāh, berperanan menyampaikan wahyu dan mesej dakwah serta akhlak terpuji kepada seluruh masyarakat dunia termasuk golongan kanak-kanak.

Pelbagai kisah tentang bagaimana kasih dan cinta Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam kepada kanak-kanak sangat memikat hati. Ia wajar menjadi panduan kepada kita dalam melayani, mendidik dan memahami kanak-kanak.

Pendidikan kanak-kanak yang pada masa kini sangat dititikberatkan oleh masyarakat. Proses ini seharusnya bermula daripada pendidikan untuk keperibadian ibu dan bapa. Hal ini kerana kedua ibu bapa menggalas tanggungjawab mencorakkan kehidupan dan keperibadian anak-anak.

Justeru, amat penting bagi ibu bapa termasuk seluruh anggota masyarakat mempunyai kefahaman yang jelas tentang kesucian dan potensi seorang kanak-kanak. Hal ini dapat difahami melalui isi kandungan buku terjemahan ini.

Tema kanak-kanak yang dibawa oleh pengarang sangat dekat dengan agenda pemberdayaan kanak-kanak dan keluarga. Kehadiran kanak-kanak tidak ternilai harganya untuk sesebuah keluarga. Kanak-kanak juga punya potensi untuk berperanan sebagai sumber daya penting untuk membangunkan negara.

HAK KANAK-KANAK

Kanak-kanak juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat. Kanak-kanak ada hak yang harus dihormati dan dijaga. Masyarakat mempunyai tanggungjawab besar yang harus ditunaikan untuk kanak-kanak ini.

Ada empat hak kanak-kanak yang digariskan oleh Konvensyen Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child) iaitu

  1. Hak untuk hidup.
  2. Hak kepada perkembangan.
  3. Hak kepada perlindungan.
  4. Hak kepada penyertaan.

Keempat-empat hak ini harus difahami dan dipraktis secara serius oleh seluruh masyarakat dalam usaha melindungi kanak- kanak. Kesedaran ini seiring dengan objektif pendidikan dan pentarbiyahan kanak-kanak yang dianjurkan dalam ajaran Islam.

Justeru, buku ini adalah panduan utama kepada kita untuk memahami hakikat seorang kanak-kanak. Buku ini juga membantu mendidik diri kita untuk memberi layanan dengan akhlak yang baik kepada seorang kanak-kanak. 

Kanak-kanak yang suci hatinya akan sentiasa melihat orang dewasa. Perkara ini perlu diberi perhatian khususnya dalam kalangan ibu bapa dan ahli keluarga.

Mereka perlu tampil sebagai insan terbaik yang dapar menjadi teladan dan inspirasi dalam kehidupan kanak-kanak.

Semoga buku kecil ini berupaya membawa kita mendekati sunnah Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam yang menyayangi, melindungi dan menghormati kanak- kanak.

Seterusnya kita memanjatkan doa agar anak-anak kita sentiasa terlindung dari fitnah akhir zaman dan membesar menjadi penerus pejuang risalah nubuwwah.

Selamat membaca!

E-buku yang kami berikan secara percuma, dan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

https://drive.google.com/file/d/19jr-AHmfOS5Vx2gaybPH42T70zv_tiGr/view?fbclid=IwAR2TScOnTJmdmP3S441xax7x3T7QYG3Z-h1mj_dc4M7DBjSeIwXacXbBWb0

Penulis adalah Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, Multi-Budaya) ABIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *