KERINDUAN UNTUK MENATAP WAJAH NABI SALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM

KERINDUAN UNTUK MENATAP WAJAH NABI SALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM

Oleh: Syafiq Ismail

Renungan Daripada Dua Sabda Nabi S.A.W
Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Demi Dia, yang nyawaku berada di dalam tangan-Nya; tidaklah beriman seseorang daripada kalian (dengan iman yang sempurna), hinggalah daku ini lebih dicintainya, berbanding ibu bapanya, anak-anaknya, dan seluruh manusia.” (H.R. al-Bukhārī & Muslim). Di dalam hadis riwayat al-Bukhārī ia juga bermaksud, “Hingga daku ini lebih dicintaimu berbanding dirimu sendiri.”

Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam juga bersabda, “Daripada kalangan umatku ini, yang paling mencintaiku ialah satu kelompok manusia yang hidup selepasku (yakni selepas kewafatanku), mereka suka sekali kiranya dapat melihatku dengan (menggadaikan) segala keluarganya dan hartanya.”
Terlalu banyak cara bagi tujuan mengingati yang dicintai, menghadirkan yang dicintai dalam hati, menambah cinta dan kerinduan dalam hati. Terdapat beberapa jenis golongan dalam mencintai dan merindui Nabi.

Ada yang bersifat ghuluw (melampau-lampau), jafā’ (terlalu memandang rendah dan ringan), tidak juga dengan ifrāṭ (melampau-lampau) mahupun tafrīṭ (terlalu memandang rendah dan ringan).
Untuk seseorang itu melepaskan rindu terhadap Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam hendaklah dia – di dalam isu (mencintai baginda) ini – menjadi manusia yang qawām (lurus), adil, nan wasatī.
Mewaspada Al-Jafā’ : Fenomena Merendahkan Kemuliaan Rasulullah S.A.W
Kerinduan Untuk Menatap Wajah Nabi Sallallāhu ‘Alayhi Wa Sallam merupakan terjemahan daripada karya Shaykh ‘Abd al-Razzāq al-Badr ḥafiẓahullāh, dengan judul asalnya, al-Shauq ilā Ru’yat al-Nabī ṣallAllāhu‘alayhi wa sallam.

Dalam karya ini, Shaykh ḥafiẓahullāh menekankan betapa pentingnya kita sentiasa berada dalam keadaan mencintai Nabi Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, dan sentiasa merindui untuk menatap wajah baginda serta untuk berada bersama baginda di Syurga kelak.
Shaykh juga menjelaskan bagaimana impian ini boleh dicapai. Antaranya dengan mengikuti ajaran Islam yang diriwayatkan secara sahih daripada baginda ṣallAllāhu‘alayhi wa sallam.
Shaykh ḥafiẓahullāh menangani satu isu yang spesifik berkenaan hubungan antara seorang Muslim dengan Nabi-Nya. Isu tersebut ialah sikap dingin terhadap baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam dan terlalu memandang rendah dan meremehkan kedudukan Nabi.

Yang sedihnya ia terbit daripada sebahagian muslimin sendiri. Keadaan ini berlaku menurut Shaykh ḥafiẓahullāh kerana jahilnya akan kemuliaan Nabi Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, dan jahilnya tentang kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda ini.

Dengan karya ini, Shaykh ‘Abd Al-Razzāq al-Badr menumpukan kepada sifat al-jafā’, yakni sikap terlalu memandang rendah serta ringan dalam mencintai dan merindui Nabi. Beliau menjelaskan secara mendalam akan fenomena al-Jafā’ di dalam buku ini agar muslimin lebih peka dan menghindari sikap buruk ini.

Terdapat beberapa fenomena dan gambaran al-jafā’ yang disyarahkan oleh Shaykh yang amat bermanfaat untuk kita renungi dan fahami agar kita tidak termasuk daripada golongan orang yang memandang ringan dan memandang rendah akan Nabi yang kita rindui dan cintai.
Justeru, wajarlah kiranya isu ini diketengahkan, sebagai satu peringatan buat kita sesama manusia, untuk sentiasa tajdīd (memperbaharui) iman kita, dan tajdīd cinta kita serta kerinduan kita kepada Nabi Muḥammad ṣallAllāhu‘alayhi wa sallam.

Semoga Allāh ta‘ālā mengurniakan kita kecintaan yang mendalam terhadap Nabi kita Muḥammad ṣallAllāhu‘alayhi wa sallam, dan mengurniakan kita kesungguhan yang jitu untuk meneladani baginda, hingga ke akhir waktu. Āmīn.

Jemput baca e-book ini di pautan: – 

https://drive.google.com/file/d/19X8Jsg0xbwzI9ek58yvl_3TRSJZEfF7H/view?fbclid=IwAR3Ex7-Fyh8Iten6NAQyx4CYofzlK7gFZMhEgwjLe7hkjwiEv3AANrvh2bY

Penulis ialah Ketua Biro Dakwah ABIM.

2 thoughts on “KERINDUAN UNTUK MENATAP WAJAH NABI SALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM

  1. In the dynamic world of digital marketing, where the competition for online visibility is fierce, understanding and implementing effective Search Engine Optimization (SEO) strategies is crucial for businesses aiming to succeed online. SEO serves as the cornerstone of online marketing, enabling websites to enhance their visibility, attract organic traffic, and ultimately achieve their business objectives. In this article, we delve into the realm of search engine optimization, exploring its significance, key principles, and actionable strategies for maximizing online visibility. https://bit.ly/3JKYpu5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *