ABIM SOKONG TAYANGAN FILEM “SAYA JUGA ANAK MALAYSIA”

ABIM SOKONG TAYANGAN FILEM “SAYA JUGA ANAK MALAYSIA”

Oleh: Media ABIM

HAK KEWARGANEGARAAN UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP

21hb Mac 2022 (Ahad): Alhamdulillah, telah berlangsung tayangan perdana filem “Saya Juga Anak Malaysia” hasil kerjasama Freedom Film Fest dengan sokongan The Fourth dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kewarganegaraan adalah hak asasi yang membolehkan seseorang mendapatkan pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan keperluan lain untuk mencapai kualiti hidup yang optimum di tanah airnya sendiri.

Tanpa hak sebagai warganegara, ia akan memberi kesan besar kepada kesejahteraan keluarga, ibu bapa serta akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan anak-anak.

Cabaran secara khusus yang dihadapi para ibu yang menghadapi kemelut kewarganegaraan membabitkan anak mereka telah diabadikan dalam filem pendek yang ditayangkan di PJ Art, pada 20 Mac 2022 yang lalu.

Puan Aini, ibu warga Malaysia yang diterampilkan dalam filem tersebut menyatakan bahawa cabaran terbesarnya ialah untuk membesarkan dua orang anak yang masing-masing memiliki dua kerakyatan berbeza dan berkeperluan khas.

“Kebajikan anak saya yang bukan-warganegara bermasalah kerana anak kedua saya bukan warga Malaysia dan tidak memiliki kad OKU, tidak seperti anak pertama saya seorang rakyat Malaysia dan memiliki kad OKU, yang mana ia penting untuk kemasukan sekolah dan untuk hal-hal kesihatan dan perubatan mereka.

Walaupun mereka adik-beradik, saya menghadapi banyak cabaran untuk anak saya yang bukan-warganegara berkeperluan khas. Saya sangat bimbang kerana insurans kesihatan ialah salah satu syarat untuk mendapatkan pas pelajar untuk dia belajar di sekolah kerajaan mahupun swasta”.

HAK IBU UNTUK KEWARGANEGARAAN ANAKNYA

Menurut Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Oleh itu, tidak wajar bagi seseorang ibu warga Malaysia dinafikan hak bagi anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara hanya kerana mereka ialah wanita.

Perkara ini telah ditegaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh dua naib presiden ABIM, Fatin Nur Majdina Nordin dan Adli Zakuan mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi pada pada September 2021 seharusnya diterima dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Keputusan ini memberi kesan kepada keyakinan diri anak-anak, serta menjamin peluang anak-anak mendapat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang baik demi masa depan mereka yang lebih baik.

Secara ringkas penghakiman mahkamah tinggi tersebut memutuskan bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh ibu dan bapa dari Malaysia secara automatik berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Secara terperinci ia mengatakan bahawa wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki asing mempunyai hak untuk mendapatkan hak kewarganegaraan ke atas anak-anak mereka yang lahir di luar negara.

Perkara ini dikatakan selaras dengan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan Artikel 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang tidak bercanggah dengan Bahagian (1) (b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, yang kesimpulannya melarang diskriminasi berdasarkan jantina dalam hal pemberian kewarganegaraan.

3 thoughts on “ABIM SOKONG TAYANGAN FILEM “SAYA JUGA ANAK MALAYSIA”

  1. In the dynamic world of digital marketing, where the competition for online visibility is fierce, understanding and implementing effective Search Engine Optimization (SEO) strategies is crucial for businesses aiming to succeed online. SEO serves as the cornerstone of online marketing, enabling websites to enhance their visibility, attract organic traffic, and ultimately achieve their business objectives. In this article, we delve into the realm of search engine optimization, exploring its significance, key principles, and actionable strategies for maximizing online visibility. https://bit.ly/3JKYpu5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *