SRI LANKA BERGELORA; RAKYATNYA MERANA

SRI LANKA BERGELORA; RAKYATNYA MERANA

Oleh: Meja Global & Dunia Islam, Risalah Online.

DINASTI RAJAPAKSA

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Penduduk Sri Lanka pada ketika ini sedang berhadapan dengan detik paling sukar ekoran keruntuhan ekonomi negara tersebut.

Kesukaran ini digambarkan menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri negara tersebut, Ranil Wickremesinghe (Wickremesinghe) yang pernah satu ketika mengatakan negara ini amat memerlukan sekurang-kurangnya 75 Juta Dollar Amerika Syarikat, untuk memastikan kitaran ekonominya terus berjalan.

Tidak sukar untuk kita membayangkan bagaimana keadaan tersebut tersebut berlaku. Beberapa hari sebelum kejatuhan kepimpinan Mahinda Rajapaksa, penduduk Sri Lanka berdepan dengan realiti ketiadaan bekalan minyak yang melumpuhkan kehidupan serta negara tersebut.

Kemarahan rakyat yang memilih semula kepimpinan dinasti politik ini memuncak apabila mereka telah membakar kediaman rasmi Perdana Menteri negara yang juga ironiknya merupakan mantan presiden negara tersebut pada tahun 2015 yang lalu.  

Beliau merupakan teraju utama dinasti politik Rajapaksa, yang mana ahli-ahli keluarganya menguasai banyak jawatan penting dalam pentadbiran negara tersebut.

Terdahulu menjelang pilihanraya presiden negara tersebut pada November 2019 yang lalu,  Gotabaya Rajapaksa selaku calon presiden telah menjanjikan pemotongan cukai secara drastik untuk mendapatkan undi.

Terbukti langkah ini berjaya mengembalikan semula Dinasti Politik Rajapaksa yang sebelum itu ditewaskan dalam pilihanraya 2015.  Kerajaan pimpinan Wickremesinghe pada ketika itu telah menentang kempen tersebut.

Bahkan Menteri Kewangan pada masa itu, Mangala Samaraweera, dilaporkan menyifatkan ikrar politik itu sangat berbahaya kepada ekonomi negara tersebut yang dalam masa yang perlu menanggung bebanan liabiliti (hutang) luar negara yang banyak.

Selepas Gotabaya Rajapaksa mendapat mandat selaku Presiden Sri Lanka daripada rakyatnya, Mangala Samaraweera telah meletakkan jawatan. Dalam sistem politik Sri Lanka, kabinet diketuai oleh perdana menteri dilantik secara langsung oleh presiden. Dan Gotabaya Rajapaksa telah melantik abangnya, Mahinda, sebagai perdana menteri negara tersebut di bawah kepimpinannya.

STRATEGI POLITIK POPULIS RAJAPAKSA

Kemenangan yang diraih semula pada tahun 2019, seakan-akan telah melupakan kerajaan pimpinan Gotabaya Rajapaksa ini akan pengajaran daripada kekalahan yang dialami pada tahun 2015 yang lalu. Pada ketika itu rakyat telah menterjemahkan keresahan mereka terhadap kepimpinan Mahinda Rajapaksa secara demokratik menerusi proses undian.

Selain daripada penafian hak asasi manusia yang dilakukan beliau selaku presiden pada ketika itu, keputusan pilihanraya umum Sri Lanka pada tahun 2015 juga dinilai para pencermat politik antarabangsa sebagai penolakan rakyat negara tersebut terhadap beberapa projek infrastruktur yang dibangunkan negara China (menerusi inisiatif Belt Road) di negara tersebut.

Kebimbangan terhadap jerat bebanan hutang antarabangsa yang dikatakan dipasang negara China serta kesannya terhadap kehidupan mereka telah mendorong majoriti pengundi Sri Lanka menghamburkan kemarahan mereka menerusi lunas demokrasi pada tahun 2015.

Walaupun untuk beberapa ketika Wickremesinghe berjaya mendapatkan lebihan hasil dalam belanjawan negara di samping pelbagai faedah lain untuk golongan miskin, ia tidak menjamin kemampanan populariti kerajaan tersebut yang diuji dengan peristiwa pengeboman pada hari Easter 2019.

Peristiwa tersebut telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan majoriti pengundi pada tahun 2019, yang nampak seakan-akan masih trauma dengan era keganasan yang dilakukan kumpulan pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Untuk rekod, Gotabaya Rajapaksa ialah panglima tentera yang bertanggungjawab menamatkan penentangan tersebut sehingga ia menaikkan nama keluarga Rajapaksa di persada politik Sri Lanka.

Keadaan diburukkan dengan konflik antara Presiden Sri Lanka ketika itu Maithripala Sirisena (Sirisena) dan Perdana Menterinya, Wickremesinghe, yang mengakibatkan kerajaan negara tersebut dilihat lambat untuk menangani kesan serangan bom tersebut.

Di mata majoriti para pengundi Sri Lanka, kerajaan Sirisena-Wickremesinghe ini dianggap lemah walaupun dalam masa telah melaksanakan beberapa dasar serta faedah untuk golongan berpendapatan rendah serta miskin di negara tersebut.

Sejurus memimpin semula kerajaan, Mahinda Rajapaksa telah melupuskan cukai-cukai serta levi yang dilaksanakan kerajaan Wikremesinghe seperti cukai ke atas korporat dan keuntungan perniagaan. Keadaan ini telah memberikan tekanan kepada kewangan negara tersebut sehingga lebih banyak wang dicetak untuk disalurkan dalam kitaran ekonomi negara tersebut.

Ini telah mengakibatkan penduduk Sri Lanka berdepan dengan kenaikan harga barang keperluan yang sangat tinggi akibat daripada inflasi yang berlaku (kerana wang dicetak secara besar-besaran). Keadaan diburukkan apabila pandemik Covid-19 telah menghakis sumber pendapatan negara tersebut yang sebahagian besarnya dijana daripada sektor pelancongan.

Kemudian negara tersebut berdepan dengan kesukaran untuk menjamin bekalan baja, minyak, serta perubatan dapat dinikmati oleh rakyat.

Ekonomi Sri Lanka terus lumpuh dengan kadar inflasi yang melambung tinggi. Khazanah perbendaharaan negara telah habis sehingga Sri Lanka tidak dapat memenuhi komitmen untuk membayar hutang luarnya buat kali pertama dalam sejarah negara tersebut.

Usaha untuk mendapatkan pinjaman luar dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), serta beberapa buah negara lain termasuk China oleh Mahinda Rajapaksa juga telah gagal. Kemarahan dalam kalangan rakyat Sri Lanka masih tidak reda meskipun Mahinda Rajapaksa telah meletak jawatan.

Peristiwa yang berlaku di Sri Lanka pada ketika ini, Ialah manifestasi kepada hasil kegagalan mengurus tata kelola ekonomi di samping dasar populis yang terikat dengan untuk memuaskan sentimen nasionalis semata-mata. Persoalan ini tampak terlalu abstrak untuk dihadami.

Akan tetapi iktibar yang berlaku di Sri Lanka pada ketika ini dapat membuka perspektif kita dalam memahami persoalan pertembungan antara keperluan untuk mengikuti melaksanakan idealisme perubahan ataupun mengikut sahaja sentimen populisme massa yang hanya membelai emosi masyarakat dengan retorik politik yang indah.

3 thoughts on “SRI LANKA BERGELORA; RAKYATNYA MERANA

  1. In the dynamic world of digital marketing, where the competition for online visibility is fierce, understanding and implementing effective Search Engine Optimization (SEO) strategies is crucial for businesses aiming to succeed online. SEO serves as the cornerstone of online marketing, enabling websites to enhance their visibility, attract organic traffic, and ultimately achieve their business objectives. In this article, we delve into the realm of search engine optimization, exploring its significance, key principles, and actionable strategies for maximizing online visibility. https://bit.ly/3JKYpu5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *