LANGKAH MUDA

LANGKAH MUDA

Disediakan Oleh: Ustaz Hasri Harun.

Masa muda amat berharga

Diisi dengan jiwa dan tenaga

Melangkah tega sekuatnya

Tanpa menoleh masa lalu

Kau terjah silat durjana

Kau depani misi negara

Menuju visi yang dicipta

Anak muda dan belia kita

Zamanmu ukirlah sejarah

Bina citra dan kata-kata

Jangan dibiar masa berlalu

Tanpa kisah dan cerita

Biar silap langkahmu

Namun sedar untuk bina jiwa

Jangan redah tanpa ilmu

Jangan ego dimana-mana

Pasti kau sesal sampai bila-bila

Belia negara mengorak langkah

Mencipta sejarah baru

Buat negara tercinta

Zamanmu tidak serupa

Zamanmu engkau yang tahu

Bangkit dan bangun

Bina zamanmu dengan ilmu

Ukir sejarah zamanmu

Dengan semangat kuat

Agar zaman ini terus begemerlapan

Memimpin dunia penuh sejarah

“Selamat Hari Belia Negara 2020”

Penulis adalah: Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *