WAWASAN KEMENANGAN

WAWASAN KEMENANGAN

Disediakan oleh:- Dr Ismail Abdullah

WAWASAN AL-FALAH

Dalam Amanat Pimpinan Muktamar Nasional ke-14 yang bertajuk “Merekayasa Agenda Dakwah Milenial: Cabaran dan Harapan”, Presiden WADAH mengamanatkan kepada kita bahwa, “Gerakan dakwah mesti mempunyai Wawasan Al-Falah, mesti mempunyai syaja’ah atau keberanian untuk menentang arus jika perlu; mesti mempunyai semangat jihad dan pengorbanan yang tinggi.”

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4, Wawasan merujuk kepada pandangan jauh terutamanya berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Seseorang pendakwah mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan yang dibentuk juga dapat mengelakan lencongan.

Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan. Pendakwah yang berjaya akan merancang dan menetapkan segala matlamat agar usahanya sejajar dengan wawasan sesebuah organisasi atau kerajaan. Pendakwah akan sedaya upaya berusaha mencapai matlamat dan wawasan organisasinya bagi membolehkan organisasinya diterima dimata masyarakat.

PENDAKWAH BERWAWASAN

Pendakwah ini juga akan memperlihatkan bahawa beliau juga mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi yang ingin dicapai pada masa depan. Dalam menetapkan matlamat dan wawasan, pendakwah memerlukan penelitian dan kajian yang rapi serta mempunyai kecekapan dari segi pemikiran. Mereka perlulah peka kepada kemampuannya dari sudut dalaman atau luar organisasi.

Salah satu ciri yang patut ada dalam diri pendakwah ialah bersifat proaktif. Pengertian atau definisi proaktif ialah orang yang relatif tidak terpengaruh oleh kekuatan situasi di sekitarnya, bahkan orang tersebut mampu mempengaruhi timbulnya perubahan dalam lingkungannya.

Orang yang mempunyai sikap proaktif tinggi mampu mengenalpasti kesempatan dan mengambil tindakan yang tepat untuk memanfaatkan kesempatan tersebut, memperlihatkan inisiatif dan mempertahankannya sampai perubahan yang bermakna terjadi.

Lawan dari proaktif adalah pasif atau reaktif, iaitu orang cenderung untuk beradaptasi atau berkompromi dengan keadaan, daripada berusaha mengubah dirinya untuk memberikan pengaruh positif pada situasi di sekitarnya.

Setiap ahli Gerakan Islam terutamanya Wadah perlu memiliki Wawasan Kemenangan agar apa yang kita lakukan mengarah kepada matlamat yang sama iaitu memertabatkan Islam di persada bumi Allah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *