MAKNAI ISLĀḤ MEMIMPIN DINAMIKA TAJDID

MAKNAI ISLĀḤ MEMIMPIN DINAMIKA TAJDID

Oleh Faisal Aziz

Islā Sebagai Maqāid Kerasulan                                                                                                    

Dalam menyingkapi sirah perjuangan para Nabi, misi Islā dalam masyarakat terangkum sebagai salah satu maqāṣid utama mereka diutuskan. Lantas, Allah mencoretkan ayat yang merujuk kalimah Islā yang dituturkan oleh Nabi Shu‘ayb ‘alayhi’s-salām menerusi sūrah al-A‘rāf. Hal ini dinukilkan dalam dialog Nabi Allah tersebut dengan umatnya yang berbunyi:

Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya Islā (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman

(Sūrah al-A‘rāf: Ayat 85)

Menerusi ayat ini, Allah menzahirkan peringatan Nabi Shu‘ayb ‘alayhi’s-salām kepada umatnya untuk berlaku jujur dalam sukatan dan timbangan serta memperakui hak sesama manusia sebagai salah satu wasilah untuk memenuhi tuntutan Islā.

Dalam memaknai maqāṣidkerasulan dalam ayat ini, Shaykh Dr Amad Al-Raysunī menjelaskan ayat ini adalah antara ayat yang menggambarkan maqāṣid umum diutuskan para Rasul iaitu sebagai asas untuk meninggikan martabat mereka, memupuk kebahagiaan dan ketenangan dalam hati mereka, serta istiqamah dalam usaha dakwah mereka (Ahmad Ar-Raysuni, Al-Fikru Al-Maqasidiy: Qawaiduhu wa Fawaiduhu, (Kaherah: Dar al-Kalimah, 2014, hlm 21).

Penjelasan ini bertepatan dengan kalam Allah dalam sūrah Hūd ayat ke-88. Ketika Nabi Shu‘ayb ‘alayhi’s-salām menekankan agenda Islā sebagai maqāṣid kerasulan, Baginda awali dengan satu kepercayaan serta ‘conviction’ yang mendalam, bahawa mandat kenabian untuk membawa Islā ini merupakan anugerah ‘rizqan asanan’ dari Allah subanahu wa Ta‘ālā , yang juga merupakan salah satu daripada nikmat nubuwwah. Conviction ini telah dirakam Allah subanahu wa Ta‘ālā melalui firman-Nya:

Shu‘ayb berkata: “Wahai kaumku, bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerakan-Nya aku dari pada-Nya rezeki yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya?). Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu terhadap apa yang aku larang kamu dari melakukannya (Dengan melakukan apa yang aku sendiri larang). Aku hanya bertujuan hendak melakukan Islā sedaya upayaku, dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nya lah aku Kembali” (Sūrah Hūd: Ayat 88)

Garapan al-Tarīr wa al-Tanwīr sekali lagi memberikan pengertian yang amat mendalam semasa mentafsir ayat ini. Penulisnya Ṭahīr Ibnu ‘Ashūr telah menggarisbawahi penegasan Nabi Shu‘ayb ‘alayhi’s-salām bahawa misi kerasulan itu bukan semata-mata untuk mengkritik semberono dan mencipta pertembungan kosong dengan kaumnya, tetapi adalah untuk membawa agenda Islā kepada mereka.

Di sini beliau menjelaskan pada pendekatan kerasulan termasuk dalam cabang golongan yang mengkritik sesuatu kesalahan, dan dalam masa sama memberikan penjelasan sebagai usaha Islā untuk memperbaiki keadaan. Pendekatan ini berbeda daripada lagak sebagai sang pengkritik murahan yang hanya tahu menghentam sesuatu kesalahan tanpa mengemukakan sebarang solusi pengIslāan.

Dalam pada itu, ayat ini turut membawa penegasan yang konsisten utusan Allah bahawa Baginda sendiri sama sekali tidak akan melanggar amanah Islā yang dibicarakan dengan mengerjakan apa yang dilarangnya sendiri.

Selanjutnya, di akhir ayat ini Nabi Shu‘ayb ‘alayhi’s-salām menerangkan hakikat amanah Islā yang dikendongnya merupakan Islā dari al-Khāliq. Misi Islā tersebut yang disebutnya sebagai
al-Tawfīq yang bersumber dari Allah serta tidak sama sekali akan berhasil melainkan dengan iradat dan hidayat dari-Nya.

Dalam kesungguhan ABIM memacu idealisme perjuangan Islā sebagai misi lanjutan kepada risālah nubuwwah, suri teladan yang ditampilkan Nabi Shu‘ayb ‘alayhi’s-salām ini seharusnya menjadi pakaian dan pegangan kita.

Menggalas amanah Islā menerusi pembawaan pendekatan yang tepat, berasaskan bukti yang nyata, bersama sikap peribadi yang istiqamah dan konsisten dengan agenda Islā yang dibawa, berserta rasa tawāu‘ yang tinggi kepada Allah, dan senantiasa meyakini idealisme Islā ialah satu anugerah ‘rizqan asanan; bukan ditanggapi sebagai satu beban.

Al-Islā al-Azam & Penyempurnaan Dakwah

Selanjutnya, pengutusan Khatim’ul-Anbiyā’, Baginda Nabi Muḥammad allalLāhu alayhi wasallam ialah pelengkap kepada misi Islā yang diperintahkan Allah subanahu wa Ta‘ālā. Penyempurnaan misi ini yang disebut oleh Shaykh Rashīd Riḍā sebagai al-Islā al-Azam, iaitu Islā teragung daripada Allah untuk manusia.

Dengan pengutusan Khatim’ul-Anbiyā’ wa’l-Mursalīn, yang membawa rahmat umum ke seluruh alam. Rashīd Riḍā menerusi Tafsir Al-Manar, telah  mengkategorikan al-Islāḥ al-A‘ẓam yang dilakukan Baginda Nabi Muḥammad ṣallalLāhu alayhi wasallam kepada tiga bentuk berikut:   

  1. Islāḥ ke atas aqidah manusia dengan bukti yang nyata;
  2. Islāḥ terhadap akhlak dan adab manusia dengan menggabungkannya bersama elemen ruh dan jasad, dan mengisi jiwa mereka dengan sesuatu yang telah disyariatkan seperti perasaan tolong menolong dan kasih sayang; dan
  3. Islāḥ ke atas urusan siyasah dan pemerintahan manusia dengan memperkenalkan sistem berasaskan musyawarah atas prinsip-prinsip menolak mafsadah dan melindungi maṣlaḥah, keadilan dan persamaan.

Untuk menyempurnakan al-Islā al-A‘am ini, Rashīd Riḍā mempertegaskan bahawa perbuatan melakukan kerosakan selepas berlakunya Islā adalah jauh lebih buruk dari kefasadan yang wujud sebelumnya.

Perkara inilah hakikatnya yang sepatutnya menginsafkan kita bahawa kefasadan dalam gelanggang kehidupan manusia akan sentiasa muncul. Peringatan Allah kepada kita agar tidak melakukan mafsadah setelah sempurnanya Islā.

Islā Untuk Menegakkan Keadilan Sosial

Kefasadan akan sentiasa berlaku setiap kali munculnya kembali usaha untuk memesongkan pemikiran umat. Antaranya ialah gejala taksub, fikiran yang membeku, jumud dan al-ghulū, iaitu anasir-anasir ekstrem yang mencemarkan penyempurnaan Islā

Sebagai tindak balas terhadap keadaan ini, sejarah jatuh bangun kehidupan umat selama lima belas abad telah menyaksikan muncul kelompok yang memimpin usaha tajdīd. Hakikat ini ditegaskan oleh Abu’l A‘lā al-Mawdūdī menerusi A Short History of the Revivalist Movement in Islam. Beliau mengatakan bahawa kehadiran tajdīd adalah satu keperluan bagi umat untuk memurnikan semula kefahaman dan amalan Islam sebaik sahaja ia dinodai oleh unsur jāhilīyah.

Kemunculan kelompok tajdīd adalah bertepatan dengan janji allalLāhu alayhi wasallam berkenaan kemunculan mujaddid – iaitu pembaharu atau reformis dalam pemikiran dan urusan agama sebagai ejen pembebasan ummah daripada ikatan jahiliyah. Dalam ḥadīth Riwayat Abu Dāwūd, baginda Nabi Muḥammad allalLāhu alayhi wasallam bersabda:

Sesungguhnya Allah mengu­tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun sesiapa (mujadid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka”. (Ḥadīth Ri­wayat Abu Dāwūd)

Dalam buku yang sama, Abu’l A‘lā al-Mawdūdī turut menjelaskan mujaddid dengan kualiti unggul akan diangkat secara lahiriah oleh umat mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

He is characterized by a clear mind, penetrating vision, unbiased straight thinking, special ability to see the Right Path clear of all extremes and keep balance, power to think independently of the contemporary and centuries-old social and other prejudices, courage to fight against the evils of the time, inherent ability to lead and guide, and an un-usual competency to undertake Ijtihad and the work of reconstruction

Di sini Abu’l A‘lā al-Mawdūdī menamakan Khalifah ‘Umār ‘Abd’ul ‘Azīz sebagai mujaddid pertama dalam penyempurnaan Islā menerusi gerakan pembaharuan dalam bidang keadilan sosial.

‘Umār ‘Abd’ul ‘Azīz diangkat sebagai Khalifah pada usia 37 tahun saat tempangnya sistem keadilan sosial dalam pemerintahan Bani Umayyah. Walau hanya menjadi khalifah selama tiga tahun, beliau telah berjaya melakukan tajdīd dengan mengembalikan al-Islā al-A‘am dalam pentadbiran politik, ekonomi, dan sosial.

Antaranya memansuhkan cukai haram, melakukan reformasi dalam sistem zakat, mengembalikan hak kepada masyarakat bukan Islam, dan membebaskan badan kehakiman seperti yang disenaraikan oleh al-Mawdūdī: 

He changed the whole policy pertaining to taxation and abolished all the unlawful taxes, including the duty levied on distilleries that had been imposed by the Umayyads. He re-organised and reformed the system of collecting Zakat and set open the State exchequer for general public works. He compensated and remedied all the injustices which had been administered to the non-Muslims: restored their unlawfully seized worship-houses, released their lands, and granted them their rights and privileges under the Shariah. He made the judiciary independent of the executive, removed all the shadows of royal influence which generally cast a slur on the administration of justice, and enforced instead of Islamic principles of equity and fairplay

Tajdīd dalam sisi keadilan sosial yang dipelopori beliau ini telah mendorong ribuan dalam kalangan warga bukan Muslim untuk memeluk Islam.

Islah Memandu Tajdid Pemikiran

Sejarah peradaban umat juga pernah menyaksikan detik dan ketika membarahnya fenomena ketaksuban, kejumudan dan ekstrem terhadap sesuatu pegangan, sehingga membawa kepada berlakunya taqlīd buta ataupun blind imitation dalam yang membataskan kerangka pemikiran ummah.

Keadaan telah menjelmakan tajdīd al-fikr – memperbaharui cara fikir Islam yang mirip beracuan aliran ‘Ahl‘ul-Ra’y di bawah kepimpinan Imām Abu Hanīfah. Aliran ini berkembang daripada usaha ‘Abd’ullāh ibn Mas‘ud di Iraq yang menyambut pembaharuan-pembaharuan Khalifah ‘Umār al-Khaṭāb, sambil beradaptasi terhadap kepelbagaian cabaran dengan lingkungan persekitaran beliau.

Antaranya ialah menangguhkan hukuman udūd kepada pencuri ketika musim kebuluran, mengenepikan pemberian zakat kepada saudara baharu, dan menukar kalimah jizyah kepada adaqah untuk warga bukan Islam Banu Taghlib. Ini adalah antara pembaharuan yang dijadikan rujukan untuk memahami perkembangan disiplin tajdīd al-fikr .

Untuk kebangkitan tajdīd itu berada di dalam kerangka maqāṣidnya, iaitu memerdekakan umat daripada gejala kejahilan, maka pemahaman kita terhadap konsep tajdīd itu sendiri harus bersandarkan pada asas dan manhajnya yang jelas.

Hal ini ditegaskan Ṭāhā Jābir al-‘Alwānī dalam tulisan beliau al-Tajdīd fī al-Fikr wa al-Ulūm al-Islamīyah. Beliaumenegaskan bahawa wasilah tajdīd al-fikr adalah berasaskan manhāj turath yang mengawasi perbezaan pelbagai kutub tajdīd menerusi pengawasan al-Qur’ān. Wasilah ini turut didasari sunnah baginda Nabi Muḥammad allalLāhu alayhi wasallam dan tindakan generasi para sahabat yang disebut sebagai ‘jīl al-talaqqī”.

Penting untuk ditekankan, wasilah yang dimaksudkan Al-Alwani ini berperanan memandu kita untuk mewaspadai unsur al-jafa’ dan tafrī . Kedua-dua anasir ini memandang enteng, akan perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan agama. Anasir sebegini akan menjadi duri yang mencarik kesempurnaan Islā.

Maka, dalam memperkukuh amanah Islā selari dengan agenda tajdīd al-fikr, kita harus memiliki prinsip awsāuha yang adil, seimbang dan menjadi golongan manusia yang qawam di atas jalan petunjuk-Nya.

Sesungguhnya, pemahaman yang jelas terhadap kerangka Islā dan tajdīd al-fikr ini akan menghindarkan kita dari mewarisi pertembungan antara kelompok tradisi dan aliran moden yang sering berlaku pada waktu ketika masyarakat sedang cuba menyesuaikan diri dengan perubahan yang diketengahkan. Akhirnya, pertembungan ini hanya akan membantutkan kemajuan umat.

Penulis ialah Presiden ABIM.

2 thoughts on “MAKNAI ISLĀḤ MEMIMPIN DINAMIKA TAJDID

  1. In the dynamic world of digital marketing, where the competition for online visibility is fierce, understanding and implementing effective Search Engine Optimization (SEO) strategies is crucial for businesses aiming to succeed online. SEO serves as the cornerstone of online marketing, enabling websites to enhance their visibility, attract organic traffic, and ultimately achieve their business objectives. In this article, we delve into the realm of search engine optimization, exploring its significance, key principles, and actionable strategies for maximizing online visibility. https://bit.ly/3JKYpu5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *